Brunei catat rekod 42 kes baru COVID-19 susuli jangkitan tempatan pertama dalam 15 bulan
Brunei melaporkan 42 kes baru COVID-19 pada Isnin (9 Ogos). Ini merupakan jumlah rekod bagi kes harian koronavirus yang dicatatkan negara itu ekoran pengesanan kes tempatan pertamanya dalam tempoh 15 bulan.
BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei melaporkan 42 kes baru COVID-19 pada Isnin (9 Ogos). Ini merupakan jumlah rekod bagi kes harian koronavirus yang dicatatkan negara itu ekoran pengesanan kes tempatan pertamanya dalam tempoh 15 bulan.
Brunei melaksanakan peraturan kuarantin yang ketat terhadap para pelawat yang melakukan perjalanan ke negara itu dan melaporkan 406 kes jangkitan sejak pandemik itu bermula. Satu kelompok daripada penularan semasa terkait dengan sebuah pusat kuarantin yang ditempatkan di hotel, menurut Menteri Kesihatan Mohd Isham Jaafar.
"Berbanding penularan tahun lalu, kita tidak tahu sumber banyak kes," ujarnya di satu sidang media pada Isnin.
Menurut beliau, penularan itu menyebabkan pusat-pusat kuarantin lebih pantas dipenuhi. Pihak berkuasa juga menyiasat kemungkinan berlaku rentas sempadan secara haram antara Brunei dengan Malaysia yang mencetuskan kes jangkitan terkini, tambahnya.
"Kami tahu bahawa rantaian paling lemah adalah laluan penyeludupan dan pekerja barisan hadapan dari lapangan terbang ke hotel," ujar beliau.
Pada hujung minggu, Encik Mohd Isham berkata sampel-sampel yang diambil daripada orang terjangkit sudahpun dihantar ke Singapura untuk menguji bagi varian Delta yang amat mudah berjangkit.
Pada Sabtu, Brunei melaporkan tujuh kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat iaitu yang pertama seumpamnya sejak Mei 2020.
Ia dengan serta-merta menguatkuasakan semula sekatan pergerakan yang ketat termasuk larangan ke atas banyak perhimpunan awam. Sekolah, masjid dan perniagaan tidak penting juga ditutup.
Sekitar 33 peratus daripada keseluruhan 450,000 penduduk negara itu sudahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menurut data kerajaan yang diterbitkan pada Ahad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.