Skip to main content

Iklan

Iklan

'Berilah kami vaksin', rayu WHO sedang negara miskin merana

Sedang negara-negara maju mula membuka semula dan memberi suntikan vaksin kepada golongan mudanya yang tidak berisiko tinggi mengalami komplikasi akibat jangkitan COVID-19, negara-negara miskin pula ketandusan dos-dos vaksin, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
'Berilah kami vaksin', rayu WHO sedang negara miskin merana

Para pegawai jagaan kesihatan memberi suntikan vaksin di Afrika Selatan. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 26 Jun 2021 12:08PM Dikemas Kini : 26 Jun 2021 12:12PM

GENEVA: Sedang negara-negara maju mula membuka semula dan memberi suntikan vaksin kepada golongan mudanya yang tidak berisiko tinggi mengalami komplikasi akibat jangkitan COVID-19, negara-negara miskin pula ketandusan dos-dos vaksin, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (26 Jun).

WHO turut mengutuk kegagalan global itu.

Keadaan di Afrika, di mana kes jangkitan baru dan angka korban melonjak hampir 40 peratus minggu lalu berbanding minggu sebelumnya, "amat merbahaya" sedang varian Delta merebak ke merata dunia, kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

"Dunia kami gagal. Sebagai masyarakat global, kami gagal," rintih beliau dalam satu sidang media.

Encik Tedros, seorang warga Habsyah, mengutuk negara-negara yang tidak dinamakan atas keengganan mereka untuk berkongsi dos-dos vaksin bersama negara-negara berpendapatan rendah. Beliau membuat perbandingan dengan krisis HIV/AIDS di mana sesetengah pihak mendakwa negara-negara Afrika tidak mampu memanfaatkan rawatan-rawatan lebih rumit.

"Sikap itu sepatutnya lama ditinggalkan" tegas Encik Tedros. "Masalah sekarang adalah masalah bekalan, berilah kami vaksin-vaksin itu."

"Perbezaan antara mereka yang mampu dan tidak mampu kini mendedahkan ketidakadilan dunia kita - ketidakadilan, ketidaksamarataan, ayuh kita menghadapi kenyataan ini," tambah beliau.

COVAX, yang diuruskan bersama oleh perikatan vaksin GAVI dan WHO, sudahpun menghantar 90 juta dos vaksin COVID-19 kepada 132 negara sejak Februari tetapi masih lagi menghadapi isu-isu pembekalan yang besar sejak India menggantung pengeksportan vaksin.

"Dari COVAX, kami menerima sifar dos vaksin AstraZeneca, sifar dos vaksin SII (Institut Serum India), sifar dos vaksin J & J (Johnson & Johnson)," kata Penasihat Kanan WHO Bruce Aylward.

"Situasi sekarang ini genting."

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan