Skip to main content

Iklan

Iklan

Belgium kesan kes pertama varian baru Omicron di Eropah

Belgium menyatakan pada Jumaat (26 Nov) ia mengesan kes pertama melibatkan varian baru COVID-19 di Eropah, melibatkan seorang lelaki belum divakin yang pulang dari luar negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Belgium kesan kes pertama varian baru Omicron di Eropah

Suasana di Brussels pada 8 Mei 2021 apabila pemerintah Belgium melonggarkan sekatan COVID-19. (Gambar fail: Kenzo TRIBOUILLARD/AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2021 04:35PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 04:47PM

BRUSSELS: Belgium menyatakan pada Jumaat (26 Nov) ia mengesan kes pertama melibatkan varian baru COVID-19 di Eropah, melibatkan seorang lelaki belum divakin yang pulang dari luar negara.

"Kami mempunyai satu kes yang kini disahkan varian ini," B.1.1.529, yang diberi nama Omicron oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pertama kali dikesan di Afrika Selatan, kata Menteri Kesihatan Belgium Frank Vandenbroucke dalam satu sidang media.

Lelaki itu diuji positif pada 22 November dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini, tambah beliau, tanpa memberikan butiran lanjut.

Seorang pakar virologi Belgium, Marc Van Ranst, memuat naik catatan di Twitter dengan mengatakan bahawa individu berkenaan pulang dari Mesir pada 11 November lalu.

Encik Vandebroucke berkata: "Harus ditekankan bahawa ini adalah varian disyaki - kami tidak tahu jika ia adalah varian amat berbahaya atau tidak."

Beliau bagaimanapun menarik perhatian "sebagai langkah berjaga-jaga", Eropah menghentikan penerbangan dari selatan Afrika.

"Jadi, langkah berjaga-jaga sepenuhnya tetapi jangan cemas," ujarnya sambil menambah bahawa kumpulan penilaian risiko COVID-19 Belgium sedang meneliti keadaan.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan