Bayaran ERP terus digantung hingga 28 Jun: LTA
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menyambung semula semakan kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) ditengah-tengah jangkaan laluan trafik yang lebih tinggi sedang orang ramai kembali ke tempat kerja dan sekolah setelah tempoh "pemutus rantaian jangkitan" COVID-19.
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menyambung semula semakan kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) ditengah-tengah jangkaan laluan trafik yang lebih tinggi sedang orang ramai kembali ke tempat kerja dan sekolah setelah tempoh "pemutus rantaian jangkitan" COVID-19.
Bayaran ERP, bagaimanapun, akan terus digantung sehingga sekurang-kurangnya 28 Jun, menurut LTA dalam satu kenyataan media pada Ahad.
"Sejajar dengan tujuan ERP sebagai alat pengurusan kesesakan jalan raya, LTA akan menyambung semula proses semakan ERP mulai 2 Jun 2020 dan memantau kesibukan laluan trafik dan tahap kesesakan.
"Ini akan membolehkan pihak LTA untuk mengenal pasti kawasan yang mengalami kesesakan jalan raya dan memutuskan samada bayaran ERP diperlukan."
LTA menyatakan bahawa hasil keputusan daripada semakan semula pertama pasca pemutus rantaian jangkitan akan diumumkan pada minggu keempat Jun, dan bayaran ERP bersesuaian, akan dikuatkuasakan pada 29 Jun.
Sementara kadar ERP lazimnya disemak semula pada setiap suku tahun, LTA menyatakan ia akan menyingkatkan kekerapan ini kepada hanya sekali setiap empat minggu bagi mengambil kira "keadaan COVID-19 yang tidak menentu".
Ini akan membenarkannya berfungsi "lebih responsif kepada perubahan keadaan trafik dan menguruskan kesesakan dengan lebih berkesan".
LTA sebelum ini menggantung bayaran ERP di semua gantri sejak 6 Apr, bersamaan tempoh pemutus rantaian jangkitan dan trafik yang berkurangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.