Skip to main content

Iklan

Iklan

Banyak tempat kerja akan ditutup selama sebulan mulai 7 Apr bagi bendung COVID-19

Semua tempat kerja kecuali yang menyediakan khidmat penting dan pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah akan digantung dari 7 Apr hingga 5 Mei sepanjang tempoh untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, menurut Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo pada Jumaat (3 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Apr 2020 08:29PM Dikemas Kini : 03 Apr 2020 11:27PM

SINGAPURA: Semua tempat kerja kecuali yang menyediakan khidmat penting dan pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah akan digantung dari 7 Apr hingga 5 Mei sepanjang tempoh untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, menurut Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo pada Jumaat (3 Apr).

Sebelum ini, sebilangan pekerja dibenarkan bekerja di premis majikan masing-masing sekiranya mereka mematuhi langkah jarak selamat, tetapi kini, Cik Teo berkata, "kita mahu semua premis ditutup". "Tiada satu pun aktiviti di tempat kerja yang harus diteruskan," tambahnya.

Syarikat-syarikat yang boleh melaksanakan operasi perniagaan dengan para pekerja mereka bekerja dari rumah akan dibenarkan terus beroperasi.

Jika tidak, operasinya perlu dikurangkan atau dihentikan sama sekali, katanya.

Para majikan yang gagal mematuhi peraturan-peraturan baru itu boleh dihukum penjara atau didenda di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

Syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat penting atau disifatkan strategik bagi ekonomi negara juga akan dibenarkan untuk terus beroperasi, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam perutusannya kepada seluruh negara pada Jumaat.

Cik Teo berkata bahawa para majikan seharusnya berbincang tentang aturan kerja bersama para pekerja masing-masing

Majikan yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang akan membuka pusat panggilannya sepanjang hujung minggu ini.

Dalam kenyataan media yang berasingan, MOM menyatakan bahawa para pegawainya akan memulakan operasi penguatkuasaan pada 7 Apr bagi memastikan hanya perusahaan yang dikecualikan daripada penggantungan itu kekal beroperasi dari tempat kerja masing-masing.

Sedang tempat kerja ditutup selama empat minggu, pemerintah juga sedang berusaha untuk mempertingkatkan subsidi gaji dan menggantung levi pekerja asing, kata Cik Teo.

Skim Bantuan Pekerjaan, di mana Pemerintah membantu para majikan untuk membiayai gaji pekerja secara bersama, akan dipertingkatkan bagi membantu syarikat-syarikat perusahaan terus menggajikan para pekerja tempatan dan operasi sebilangan syarikat akan dikurangkan atau dihentikan sama sekali sepanjang tempoh ini, katanya lagi.

Perinciannya akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam masa beberapa hari lagi.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan