Skip to main content

Iklan

Iklan

Bantuan kos penghantaran pihak ketiga bagi kedai makan dilanjutkan lagi sebulan

Satu pakej pemerintah yang membantu mengurangkan kos kepada kedai makanan yang membuat penghantaran dengan pihak ketiga sudah dilanjutkan lagi sebulan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 May 2020 06:06PM Dikemas Kini : 07 May 2020 09:11PM

SINGAPURA: Satu pakej pemerintah yang membantu mengurangkan kos kepada kedai makanan yang membuat penghantaran dengan pihak ketiga sudah dilanjutkan lagi sebulan.

Antara yang bakal meraih manfaatnya termasuk lebih 1,000 teksi di Singapura yang sudah melakukan lebih 16,000 penghantaran makanan di bawah satu skim selama seminggu oleh Comfort Delgro.

Barisan teksi yang panjang sudah menjadi perkara biasa sedang ramai sekarang duduk di rumah.

Namun, satu kelonggaran baru-baru ini memberi pilihan kepada para pemandu teksi untuk menghantar makanan bagi merangsang pendapatan mereka.

Minggu lalu, Comfort Delgro melancarkan khidmat penghantaran khusus dengan yurannya disalurkan terus kepada para pemandu teksi.

Sejak itu, sekitar 1,000 pemandunya mencatat lebih 16,000 penghantaran makanan untuk hampir 400 kedai makanan dan minuman (F&B).

Kini semakin banyak permintaan untuk penghantaran oleh para pemandu teksi.

Misalnya, platform tempahan online, Chope kini memadankan 50 restoran dengan syarikat teksi SMRT dan pemandu kereta sewa privet yang lain untuk membuat penghantaran.

Dalam masa dua minggu sahaja, pesanan makanan naik sehingga 400%. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan