Skip to main content

Bantah langkah kepungan di Melbourne: Sekurang-kurangnya 15 orang diberkas

 Polis Australia bertempur dengan lebih 200 penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan di Melbourne sebagai menentang langkah kepungan ketat yang dikenakan di bandar terbesar wilayah Victoria itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantah langkah kepungan di Melbourne: Sekurang-kurangnya 15 orang diberkas

(Gambar: AFP/William West)

Diterbitkan : 05 Sep 2020 08:54PM Dikemas Kini : 05 Sep 2020 08:59PM

MELBOURNE: Polis Australia bertempur dengan lebih 200 penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan di Melbourne sebagai menentang langkah kepungan ketat yang dikenakan di bandar terbesar wilayah Victoria itu.

Polis menangkap 15 orang manakala lebih 150 lagi penunjuk perasaan dikenakan denda.

Kepungan itu berkuat kuasa selama enam minggu dan kini sudah masuk minggu keempat dalam usaha membendung penularan virus COVID-19.

Kebanyakan penunjuk perasaan itu tidak memakai pelitup muka. Segelintir daripada mereka melaung-laungkan perkataan "kebebasan" manakala yang lain melontarkan kata-kata cacian terhadap pihak media.

Bantahan tersebut diadakan walaupun Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews akan membentangkan rancangan melonggarkan perintah kepungan itu, esok.

Beliau membidas tindakan mengadakan bantahan itu dan menuduh para penunjuk perasaan sebagai hanya mementingkan diri sendiri.

Lebih 19,400 penduduk Victoria dijangkiti COVID-19 dengan lebih 600 pesakitnya meninggal dunia.

Secara keseluruhannya ada lebih 26,200 kes COVID-19 di Australia dan sekitar 750 kematian di seluruh negara.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita