Skip to main content

Iklan

Iklan

Bandar China gantung import guna kereta api selepas penularan baru COVID-19

Sebuah bandar di China yang  bersempadankan Rusia menggantung   import barangan termasuk arang batu dan kayu balak menggunakan  kereta api pada Rabu (1 Dis)ekoran kebimbangan mengenai  kelompok baru jangkitan COVID-19.  

Anggaran Waktu Membaca:
Bandar China gantung import guna kereta api selepas penularan baru COVID-19

(Gambar: CNS/AFP/STR)

Diterbitkan : 01 Dec 2021 10:31PM Dikemas Kini : 01 Dec 2021 10:36PM

BEIJING: Sebuah bandar di China yang bersempadankan Rusia menggantung import barangan termasuk arang batu dan kayu balak menggunakan kereta api pada Rabu (1 Dis)ekoran kebimbangan mengenai kelompok baru jangkitan COVID-19.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan 91 kes baru dekat Manzhouli, bandar di wilayah Inner Mongolia yang mempunyai 231,000 penduduk dan mengendalikan lebih daripada 65 peratus perdagangan antara China-Rusia. Keputusan itu diambil selepas puluhan kes jangkitan baru dikesan, memaksa pemimpin melaksanakan perintah berkurung dan sekatan perjalanan.

Kelompok terbaru itu melibatkan tiga kes COVID-19 yang dikesan melalui pemeriksaan biasa, dengan pesakit itu dilaporkan mungkin terdedah kepada barangan tercemar virus.

Pesakit terjejas termasuk pekerja dalam perusahaan kayu balak dan mereka yang mengangkut barangan.

"Sejak November, kebanyakan kes dalam negeri tertumpu di kawasan sempadan dan bandar perlabuhan," kata jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Nasional, Mi Feng minggu ini.   

Sumber : AFP/FA/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa