Skip to main content

Iklan

Iklan

Aturan darat VTL SG-M'sia dijangka dilancarkan 'dalam masa beberapa minggu'

Skim Laluan Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL) dengan Malaysia mungkin dilancarkan "dalam masa beberapa minggu", kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong hari ini (15 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Aturan darat VTL SG-M'sia dijangka dilancarkan 'dalam masa beberapa minggu'

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 15 Nov 2021 09:37PM Dikemas Kini : 15 Nov 2021 09:38PM

SINGAPURA: Skim Laluan Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL) dengan Malaysia mungkin dilancarkan "dalam masa beberapa minggu", kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong hari ini (15 Nov). Beliau berkata perbincangan dua hala mengenai perkara itu menunjukkan kemajuan baik.

Minggu lalu, Singapura dan Malaysia mengumumkan bahawa perjanjian bagi perjalanan udara antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur akan bermula pada 29 November.

Encik Gan, pengerusi bersama pasukan bertindak COVID-19 negara, berkata di sidang media: "Singapura dan Malaysia berkongsi hubungan rapat dalam banyak aspek terutama dalam kalangan rakyat kita. Ramai keluarga terpisah daripada satu sama lain buat waktu yang lama disebabkan sekatan sempadan...kami berharap aturan laluan darat ini akan membolehkan ramai daripada mereka disatukan semula."

VTL membenarkan pelawat divaksin antara Singapura dengan sebuah negara di bawah skim itu untuk membuat perjalanan tanpa perlu menjalani kuarantin.

Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah yang tidak divaksin akan dibenarkan untuk membuat perjalanan di bawah skim itu ke Singapura, sekiranya mereka ditemani seorang penumpang.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menyatakan ia akan memberikan lebih banyak butiran mengenai aturan tersebut dengan Malaysia menjelang hujung minggu ini.

KEMAS KINI PAS YANG DIKELUARKAN

Setakat pukul 11.59 malam pada 14 November, CAAS sudah mengeluarkan 45,830 pas bagi pelawat dari negara-negara di bawah skim VTL, bagi kemasukan ke Singapura antara 8 September dengan 19 Januari 2022.

Ia menambah setakat tarikh itu, 24,070 penumpang VTL sudah memasuki Singapura. Mereka meliputi 13,274 pelawat jangka pendek atau pemegang pas jangka panjang, 9,595 rakyat dan penduduk tetap Singapura serta 1,201 kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.  

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan