Skip to main content

Iklan

Iklan

Atlit tunggang kuda S'pura bersaing dalam acara berpasukan

Atlit tunggang kuda Singapura meraih markah 200.792 dalam acara 'dressage' berpasukan di Paralimpik Tokyo pada Sabtu (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit tunggang kuda S'pura bersaing dalam acara berpasukan

(Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 28 Aug 2021 11:09PM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 11:10PM

TOKYO: Atlit tunggang kuda Singapura meraih markah 200.792 dalam acara 'dressage' berpasukan di Paralimpik Tokyo pada Sabtu (28 Ogos).

Gemma Rose Foo, Laurentia Tan dan Maximillian Tan bersaing dalam ujian pasukan pada muzik - Gred 1 pada Sabtu, di mana mereka meraih markah keseluruhan 200.792.

Kedudukan akhir pasukan itu akan ditentukan pada Ahad (29 Ogos) selepas mereka menyelesaikan acara ujian pasukan pada muzik, menurut Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura dalam satu catatan Facebook.

Acara itu menandakan penghujung kempen Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bagi Gemma dan Maximillian, menurut majlis itu.

"Setinggi-tinggi terima kasih kepada atlit, keluarga mereka, pegawai dan pasukan sokongan atas prestasi yang cemerlang.

"Kami sangat bangga atas segala yang telah anda capai."

Laurentia akan bertanding dalam ujian gaya bebas perseorangan Gred 1 pada Isnin (30 Ogos).

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 merupakan temasya keempat yang disertai Laurentia, yang berganding dengan Gemma dan Maximillian bagi penyertaan ketiga-tiga atlit itu dalam acara dressage berpasukan.

Sebagai rangkaian Paralimpik Singapura, Mediacorp akan membawa liputan meluas Team Singapore di Paralimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan