Skip to main content

Iklan

Iklan

Atlit Team S'pore tonjol prestasi membanggakan di Sukan Paralimpik, puji PM Lee

Semua atlit paralimpik Team Singapore menonjolkan pretasi yang membanggakan di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu catatan Facebook hari ini (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit Team S'pore tonjol prestasi membanggakan di Sukan Paralimpik, puji PM Lee

(Gambar-gambar: Sport Singapore melalui Lee Hsien Loong/Facebook)

Diterbitkan : 05 Sep 2021 04:32PM Dikemas Kini : 05 Sep 2021 04:37PM

SINGAPURA: Semua atlit paralimpik Team Singapore menonjolkan pretasi yang membanggakan di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu catatan Facebook hari ini (5 Sep).

Encik Lee merakamkan ucapan terima kasihnya kepada semua 10 atlit yang bertanding dalam Sukan Paralimpik sempena hari terakhir temasya, yang bakal melabuhkan tirainya malam ini.

Meskipun ini adalah penampilan sulung bagi empat atlit paralimpik di acara sukan antarabangsa tersebut, PM Lee berkata semuanya bertanding dengan sangat baik dan membanggakan.

"Steve Tee dan rakan para mengayuh basikal, Ang Kee Meng, meraih dua rekod peribadi terbaik. Toh Wei Soong mencatat rekod peribadi terbaik dan rekod kebangsaan terbaik di kolam renang untuk dua acara (renang)," PM Lee menyebut secara khusus pencapaian mereka.

"Muhd Diroy memecah Rekod Kebangsaan yang dicatatnya (sebelum ini) dan mencatat rekod peribadi terbaik bagi acara lontar peluru F40 lelaki. Yip Pin Xiu berjaya mempertahankan pingat-pingat emasnya di kedua-dua acara beliau," tambah Perdana Menteri.

"Terima kasih semua kerana menyuntik inspirasi kepada rakyat Singapura dengan kecekalan, kesungguhan dan sikap anda yang tidak pernah berputus asa terutama pada masa-masa sukar ini. Semoga pengalaman ini mendorong kita semua untuk menjadi lebih baik dan kuat!," ungkap Encik Lee.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan