Skip to main content

Iklan

Iklan

Atlit Paralimpik Australia bakal terima ganjaran sama seperti atlit Olimpik

Australia akan menghadiahkan ganjaran wang tunai kepada atlit Paralimpik yang memenangi pingat, sama seperti rakan-rakan Olimpik mereka, menurut pegawai pada Khamis (2 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit Paralimpik Australia bakal terima ganjaran sama seperti atlit Olimpik

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 09:47PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 09:48PM

MELBOURNE: Australia akan menghadiahkan ganjaran wang tunai kepada atlit Paralimpik yang memenangi pingat, sama seperti rakan-rakan Olimpik mereka, menurut pegawai pada Khamis (2 Sep).

Sejumlah atlit Paralimpik Australia mengadu mereka tidak menerima bayaran bonus meskipun memenangi pingat, sementara atlit Olimpik negara itu mendapat ganjaran wang tunai AUS$20,000 (S$19,890) bagi pingat emas dan jumlah lebih rendah bagi pingat-pingat lain.

"Pemerintah kami akan memastikan atlit Paralimpik Australia menerima ganjaran kerana memenangi pingat di Sukan Tokyo sejajar dengan bayaran kami kepada pemenang pingat di Olimpik Tokyo," kata Perdana Menteri Scott Morrison dan menteri sukan Richard Colbeck dalam satu kenyataan bersama.

"Keputusan ini memastikan Paralimpik Australia boleh mengiktiraf pencapaian atlit Paralimpik sejajar dengan bayaran yang diberikan oleh Jawatankuasa Olimpik Australia kepada atlit yang memenangi pingat di Tokyo."

Australia memenangi 13 pingat emas di sukan Paralimpik Tokyo, yang bakal berakhir pada Ahad.

Negara itu meraih 46 pingat termasuk 17 pingat emas di Olimpik Tokyo untuk menduduki tempat keenam dalam senarai jumlah pungutan pingat.

Kesaksamaan dan inklusiviti merupakan tema utama di Paralimpik namun kebanyakan negara tidak memberikan ganjaran sama kepada pemenang pingat di temasya Paralimpik berbanding dengan pemenang pingat Olimpik.

Sumber : Reuters/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa