Skip to main content

Iklan

Iklan

Arab Saudi lapor lebih 900 kes baru COVID-19; 8 kematian

Jumlah kes baru COVID-19 terus meningkat di Arab Saudi, melepasi 900 kes dengan lapan lagi kematian pesakitnya, dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2021 03:57PM Dikemas Kini : 14 Apr 2021 08:44PM

MAKKAH: Jumlah kes baru COVID-19 terus meningkat di Arab Saudi, melepasi 900 kes dengan lapan lagi kematian pesakitnya, dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Meskipun jumlah kes koronavirus di Saudi kini naik 951 kepada lebih 400,228 kes, jumlah mereka yang sudah menerima vaksin COVID-19 juga bertambah kepada hampir 6.5 juta orang.

Dalam usaha mengawal penularan COVID-19, setiap orang dibenarkan mengerjakan hanya satu umrah semasa bulan Ramadan sekarang dan pintu masuk ke Masjidil Haram hanya dihadkan kepada dua saja, sejak kelmarin.

Walaupun had satu umrah untuk setiap orang dikuatkuasakan sepanjang bulan Ramadan ini, orang ramai masih boleh memohon permit untuk semua solat fardhu lima kali sehari dan solat tarawih di Masjidil Haram.

Namun untuk mengawal kesesakan orang ramai dan lalu lintas di sekeliling masjid paling suci dalam Islam ini, setiap pemohon yang mahu mengerjakan umrah atau solat, perlu menaiki bas dari Kudai dan Syisha saja.

Seperti lazimnya sekarang, semua jemaah yang mahu menaiki bas ke Masjidil Haram, juga perlu diperiksa suhu badan.

"Jadi sekarang kita perlu beratur lagi selepas pintu masuk tadi kita perlu buat empat pusingan sebelum kita tunjukkan tasreh atau surat izin, bayar kemudian baru naik bas," menurut Ustaz Muhammad Sofi AW, yang merupakan seorang penduduk.

Tambang bas saja SR20 (S$7) dan penjarakan tempat duduk tetap dijaga dalam perjalanan.

Setelah turun bas, para jemaah perlu berjalan di hadapan Masjidil Haram dan memasuki salah satu daripada dua pintu masuk yang dibuka.

BERITAmediacorp difahamkan bangunan asal Masjidil Haram dikhususkan untuk pelaksanaan umrah dan kawasan untuk solat terhad.

Maka itu para jemaah digalakkan menggunakan kawasan baru Masjidil Haram bersebelahannya.

Sejajar dengan protokol kesihatan, solat tarawih juga dihadkan kepada 30 minit saja dan jumlah rakaat dikurangkan daripada 20 kepada 10 rakaat saja.

Majlis berbuka puasa dan sahur juga tidak dibenarkan di dalam masjid dan hanya mereka yang sudah menerima vaksin COVID-19 atau para pesakitnya yang sudah sembuh, dibenarkan ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan