Skip to main content

Apple Orchard Road, Bugis+ & Tekka Centre masuk senarai tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit

Tujuh lokasi baru dimasukkan ke dalam senarai tempat yang dikunjungi kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (15 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Apple Orchard Road, Bugis+ & Tekka Centre masuk senarai tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 16 Jul 2020 08:50AM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 08:56AM

SINGAPURA: Tujuh lokasi baru dimasukkan ke dalam senarai tempat yang dikunjungi kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (15 Jul).

Tempat-tempat baru itu adalah Apple Orchard Road, pusat beli-belah Bugis+ dan Tekka Centre pada dua waktu berbeza.

Tempat-tempat baru itu adalah seperti berikut:

Related article image

Mereka yang sudah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes COVID-19 yang disahkan sudahpun dimaklumkan oleh MOH, menurut kementerian itu.

Ia menambah bahawa mereka yang sudah ke lokasi tersebut semasa waktu yang dinyatakan harus memantau keadaan kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari bermula daripada tarikh kunjungan.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga akan bekerjasama dengan pihak pengurusan premis yang terjejas untuk menawarkan bimbingan berhubung kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Singapura melaporkan 249 kes baru COVID-19 pada Rabu (15 Jul), sekali gus menjadikan jumlah kes COVID-19 di Singapura sebanyak 46,878 kes.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita