Akaun pentadbir Fabrications About The PAP dipadam kerana langgar dasar Facebook
Facebook sudah memadamkan akaun-akaun para pentadbir laman Fabrications About The PAP kerana melanggar dasar-dasar gergasi media social itu.

Facebook sudah memadamkan akaun-akaun para pentadbir laman Fabrications About The PAP.
SINGAPURA: Facebook sudah memadamkan akaun-akaun para pentadbir laman Fabrications About The PAP kerana melanggar dasar-dasar gergasi media social itu.
"Kami sudah mengambil tindakan terhadap beberapa akaun di Singapura kerana melanggar dasar-dasar kami," menurut seorang jurucakap Facebook pada Ahad (28 Jun) sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp, sambil menambah bahawa akaun-akaun itu dikesan semasa "kerja-kerja proaktif dijalankan".
"Tindakan ini diambil berdasarkan tingkah laku akaun-akaun itu, bukan berdasarkan kandungan yang dimuatnaikkan."
Pemadaman akaun-akaun para pentadbir Fabrications About The PAP menyebabkan laman itu tidak diterbitkan di platform tersebut. Laman itu mempunyai lebih 250,000 'likes' sebelum Facebook memadamkannya.
Facebook memadamkan akaun-akaun itu yang dengan jelas melanggar dasar-dasarnya, termasuk para individu yang memberikan gambaran yang salah, menggunakan akaun palsu atau melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan piawaian masyarakat Facebook dilanggar juga.
Para pemilik akaun perlu menyediakan maklumat tambahan untuk mengesahkan kesahihan akaun sekiranya mereka ingin terus menggunakan Facebook.
Jika pemilik akaun gagal mengesahkannya, atau sekiranya terdapat pencabulan pada dasar-dasar Facebook, maka akaun itu akan dipadamkan.
Facebook menyatakan pada 11 Jun bahawa pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap beberapa akaun sebagai sebahagian daripada langkah untuk melindungi kewibawaan Pilihan Raya Umum akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.