Aidilfitri bertambah ceria dengan kelahiran bayi Syawal
Cik Nor Faizah sedang mengemas rumahnya untuk Hari Raya apabila merasa sakit hendak bersalin.
SINGAPURA: Hari pertama bulan Syawal tahun ini bertambah manis bagi sepasang suami isteri yang menimang cahaya mata hari ini (6 Julai).
Cik Nor Faizah sedang mengemas rumahnya untuk Hari Raya apabila merasa sakit hendak bersalin.
Dan sekitar 6 pagi tadi, beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Parkway East.
Ini merupakan anaknya yang kedua dan diberikan nama Mohammad Nabil Fahim.
Mengikut jadual, Nabil sepatutnya dilahirkan pada 23 hari bulan initetapi nampaknya bayi ini sudah tidak sabar untuk beraya!
Lebih menarik lagi, Cik Nor Faizah sendiri dilahirkan dalam bulan Syawal.
"Saya rasa gembira kerana ia adalah hari pertama Syawal kita dapat menyambut ahli keluarga yang baru. Dan ia sungguh bermakna sebab kehadiran anak kedua ini adalah anak lelaki. Anak yang pertama adalah perempuan, jadi ia sesuatu yang amat menggembirakan bagi kami," ujar Cik Nor Faizah Zainal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.