Skip to main content

Iklan

Iklan

Agensi Antidadah Kebangsaan M'sia sasar pemandu bas ekspres terlibat dadah

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan sifar pelibatan pemandu bas ekspres dengan penyalahgunaan dadah terutama pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi Antidadah Kebangsaan M'sia sasar pemandu bas ekspres terlibat dadah

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 01 Jun 2019 11:20AM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 11:25AM

KUALA LUMPUR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan sifar pelibatan pemandu bas ekspres dengan penyalahgunaan dadah terutama pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Encik Izhar Abu Talib berkata berdasarkan rekod, pelibatan pemandu bas dengan penyalahgunaan dadah menunjukkan trend penurunan sejak lima tahun lepas.

Menurutnya, seramai 3,227 pemandu bas menjalani ujian saringan air kencing pada operasi bersepadu sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu dan 15 orang daripadanya positif dadah.

“Kami harap tahun ini kami akan dapat mencapai matlamat untuk mengurangkan atau sifar pemandu yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah.

“Kemalangan yang berpunca daripada pemandu bas di bawah pengaruh dadah ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan penumpang tetapi juga pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Encik Izhar berkata dadah jenis methamphetamine seperti syabu sering menjadi pilihan kerana kesan penggunaannya yang dapat meningkatkan tenaga selain mudah didapati dengan harga berpatutan.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan pemandu bas terbabit dengan dadah ialah persekitaran pekerjaan, pengaruh rakan sekerja yang menagih, tekanan kerja dan sejarah penagihan lampau.

“Walaupun mereka menggunakan alasan sekadar mahu menambahkan tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk agar dapat mengejar perjalanan bas yang berganda tetapi amalan itu merupakan perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata AADK menjalankan operasi bersepadu setiap tahun dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaksanakan seminggu sebelum sambutan Aidilfitri di lebih 30 hentian bas utama di seluruh negara.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan