'Ice Magic: The Great Fantasy on Ice' bakal diadakan di Marina Bay mulai 1 Dis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Confirm Good)
SINGAPURA: Sekalipun kita di Singapura tidak dikurniakan dengan cuaca yang bersalji, negara ini bakal menyaksikan kemeriahan suasana musim sejuk di Marina Bay pada bulan depan.
Ini kerana 'Ice Magic: The Great Fantasy on Ice' bakal diadakan di Marina Bay mulai 1 Disember.
Acara seluas 2,400 meter persegi dalam khemah setinggi 11.5 meter itu bakal diadakan di Bayfront Event Space.
Mesin-mesin salji dari Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diterbangkan ke Singapura untuk mengepam salji segar setiap hari dan salji yang dihasilkan itu dipercayai lebih bersih dan terang warnanya berbanding salji semula jadi.
Para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai pelbagai kegiatan menarik yang biasa dilihat di kaca televisyen semasa musim sejuk.
Cerun sepanjang 70 meter adalah antara daya tarikan 'Ice Magic: The Great Fantasy on Ice'.
Para peminat sukan musim sejuk juga boleh ke Ice Section untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih intensif.
Taman permainan ini akan dibuka dari 1 Disember sehingga 1 Januari 2023.
Bayaran masuk bagi
kanak-kanak adalah S$35 setiap seorang, S$45 bagi orang dewasa dan S$25 untuk warga emas.
Tiga sesi ditawarkan setiap hari - sesi pertama dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang, manakala sesi kedua dari 3.00 petang hingga 7.00 malam dan sesi ketiga pula dari 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Tiket boleh ditempah online melalui laman Klook.

Sumber : Sumber Web/HY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.