Skip to main content

Iklan

Iklan

Acara

14 belia cemerlang terima Geran Pendidikan Gentarasa 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 14 belia cemerlang menerima Geran Pendidikan Gentarasa di acara persembahan warisan dan budaya, Gentarasa 2022 pada Sabtu (19 Nov).

Disampaikan Timbalan Perdana Encik Lawrence Wong, geran itu diberikan bagi mengiktiraf pelajar cemerlang dalam kedua-dua bidang seni dan akademik.

Geran tahun ini yang berjumlah $10,000 disampaikan Timbalan Perdana Encik Lawrence Wong,

Para penerima tahun ini terdiri daripada 150 pasukan produksi dan kru persembahan Gentarasa tahun ini.

"Saya gembira kita dapat memberi geran kepada
14 para penuntut kita daripada peringkat sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi. Ini menunjukkan kita menghargai kebolehan mereka bukan sahaja daripada segi pendidikan tapi kebolehan mereka dalam arena seni.

"Kami harap geran ini akan menggalakkan mereka untuk terus berupaya dan menyerlah dalam bidang seni kita," kata Menteri Kedua Pendidikan Dr Maliki Osman kepada BERITAmediacorp.
 
Gambar: GENTARASA 2022
Gambar: GENTARASA 2022


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salah seorang penerima tahun ini adalah mahasiswa jurusan Bangunan dan Pengurusan Projek di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) Muhammad Ubaid Yaacob.

Pemuda berusia 26 tahun ini merupakan anggota kumpulan seni "Kirana Seni" sebuah kumpulan seni masyarakat di Pek Kio CC.

Ini merupakan kali pertama beliau membuat persembahan dalam Gentarasa 2022.

"Saya berasa berbesar hati dan bersyukur kerana menjadi salah seorang penerima. Bukan mudah untuk meneruskan minat saya sambil bekerja dan belajar.

"Ia memerlukan banyak disiplin untuk mengekalkan jadual waktu yang seimbang. Geran ini akan memberi banyak manfaat kepada saya kerana saya juga menyumbang kepada keluarga dan saya juga berharap dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” kata beliau.

Gentarasa 2022 diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-45 MAEC.

Tema kali ini adalah "Gurindam 12: Merandai Maksim" dan adalah hasil kerjasama PA MESRA dan kumpulan budaya Sriwana.

Ia mengupas kebijaksanaan karya sastera ahli sejarah Raja Ali Haji Raja Haji Ahmad "Gurindam 12" dalam konteks moden.

Persembahan kali ini antara lain menggambarkan karya sasteranya melalui tema ilmu, kepimpinan, ketaatan anak-anak, perhubungan, dan aspek kehidupan lain seperti etika dan nilai.

115 penerima telah menerima Geran Pendidikan Gentarasa setakat ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/rr
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan