9 kes baru COVID-19 dikesan di S'pura, termasuk 1 kes dalam masyarakat
Sebanyak sembilan kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa (10 Nov), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Sebanyak sembilan kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa (10 Nov), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
Terdapat dua jangkitan tempatan, termasuk satu kes dalam masyarakat dan satu lagi di dormitori.
Baki tujuh kes diimport dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.
Jumlah kes terkumpul di Singapura kini adalah sebanyak 58,073.
Butiran terperinci kes hari ini akan diumumkan malam nanti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.