890 pekerja asing sudah sedia dilatih sebagai duta digital
Hampir 900 pekerja asing dari lebih 50 dormitori sudah bersedia untuk dilatih sebagai duta-duta digital sebelum akhir minggu ini.

Para pekerja asing memakai pelitup dilihat di asrama pekerja di Singapura pada 9 Apr 2020. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Hampir 900 pekerja asing dari lebih 50 dormitori sudah bersedia untuk dilatih sebagai duta-duta digital sebelum akhir minggu ini.
Ini diharapkan, mereka dapat membantu para pekerja lain yang memerlukan bantuan memahami fungsi aplikasi-aplikasi.
Ia merupakan tambahan usaha awal untuk melantik duta-duta digital bagi membantu warga emas lebih celik digital.
Di bawah inisiatif Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO), seramai 20 sukarelawan dari badan-badan tidak mengambil untung, membantu pekerja asing seperti Encik Rahman Khaladur.
Antara yang harus dipelajari adalah tiga jenis aplikasi berbeza yang perlu beliau gunakan beberapa kali dalam sehari.
Beliau tekun menjalani latihan itu kerana apabila selesai nanti, beliau berupaya membantu rakan-rakan kerja yang lain.
Para pengendali dormitori menyambut baik sokongan itu kerana ia dapat meringankan kekurangan tenaga kerja dan mendekatkan jurang pertuturan.
Latihan bermula sejak Selasa lalu dan dijangka berterusan sehingga Jumaat.
Meskipun ia tidak diwajibkan, SNDGO menjangkakan lebih banyak sokongan bagi usaha itu selepas lebih banyak dormitori diisytiharkan bebas COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.