Skip to main content

8 kes baru COVID-19 di S'pura termasuk 1 jangkitan masyarakat

Kedua-dua kes kemungkinan jangkitan lalu berdasarkan hasil ujian serologi mereka. Baki lagi 874 individu didapati negatif bagi virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
8 kes baru COVID-19 di S'pura termasuk 1 jangkitan masyarakat

Tekka Centre.

Diterbitkan : 29 Nov 2020 10:44PM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 10:46PM

SINGAPURA: Lapan kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Ahad (29 Nov) termasuk satu kes jangkitan dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat tujuh kes import yang telah dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik saja mereka tiba di Singapura.

Daripada lapan kes baru itu, lima tidak menunjukkan simptom dan dikesan melalui pemeriksaan dan pemantauan aktif sementara lagi tiga kes pula menunjukkan simptom.

Satu-satunya kes jangkitan masyarakat, menurut MOH, tidak ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini.

Beliau merupakan pemegang Permit Kerja dari India yang bekerja sebagai penolong gudang.

Beliau tidak menunjukkan simptom dan dikesan melalui ujian pemantauan masyarakat di Pasar Tekka dan kawasan sekitarnya pada 26 November.

MOH menambah bahawa beliau dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit apabila keputusan ujiannya didapati positif pada keesokan harinya. Hasil ujian serologi beliau juga positif menandakan kemungkinan jangkitan lalu.

Kerja beliau juga tidak memerlukan beliau berinteraksi dengan pelanggan dan hanya bekerja dengan seorang lagi penolong gudang yang menjalani ujian swab pada hari yang sama.

Rakan kerja beliau didapati negatif COVID-19. Beliau menetap di Cuff Road dengan dua lagi pekerja asing. Kedua-duanya juga didapati negatif bagi jangkitan COVID-19.

MOH menjelaskan pemantauan ujian masyarakat membolehkan kementerian itu menangani kes-kes tersembunyi dalam masyarakat lebih awal dan mencegah jangkitan lanjutan.

Secara keseluruhan, 876 individu diuji dalam pemeriksaan yang dijakankan di Pasar Tekka. Daripada jumlah itu, hanya dua didapati positif bagi jangkitan COVID-19.

Kedua-dua kes kemungkinan jangkitan lalu berdasarkan hasil ujian serologi mereka. Baki lagi 874 individu didapati negatif bagi virus tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita