8 kes baru COVID-19 di S'pura termasuk 1 dalam masyarakat
Singapura melaporkan lapan kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (29 Nov), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kemas kini harian.

Tekka Centre.
SINGAPURA: Singapura melaporkan lapan kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (29 Nov), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kemas kini harian.
Daripada jangkitan baru itu, satu kes dikesan dalam masyarakat manakala tujuh lagi merupakan kes import.
Kes dalam masyarakat itu melibatkan seorang pekerja asing yang dikesan melalui pengujian pengawasan masyarakat bagi para penjaja di Pasar Tekka dan kawasan sekitarnya pada 26 Nov.
Ujian serologi lelaki itu menunjukkan keputusan positif yang menunjukkan "kemungkinan jangkitan lalu", tambah MOH.
Kesemua kes import yang dilaporkan telah dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik saja mereka tiba di Singapura, menurut kementerian itu.
Lebih banyak perincian akan didedahkan Ahad malam, jelas MOH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.