Skip to main content

Iklan

Iklan

766 kes baru COVID-19 di S'pura; 9 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 766 kes baru COVID-19 di Singapura dan sembilan kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Jumaat (3 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
766 kes baru COVID-19 di S'pura; 9 kematian

Gambar: Calvin Oh

Diterbitkan : 03 Dec 2021 10:50PM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 10:53PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 766 kes baru COVID-19 di Singapura dan sembilan kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Jumaat (3 Dis).

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 3 Dis: 766

Kes baru dalam masyarakat: 738
Kes import: 17
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 11

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 267,916

KEMATIAN

Kes kematian pada 2 Dis: 9
Usia: 67-98 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 744

Kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.71.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 21 hari berturut-turut berada di bawah satu. Kadar di bawah 1 bermakna jumlah baru mingguan sedang merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 931 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 183
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 13
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 50
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 57.3 peratus, naik berbanding 56.4 peratus pada Khamis (2 Dis)

Seramai 1,393 pesakit dibenarkan pulang dengan 215 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 87 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 27 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan