7 penduduk, pengunjung Blok 105 Henderson Crescent diuji positif COVID-19 susuli operasi swab wajib
Seramai tujuh daripada 591 penduduk di Blok 105 Henderson Crescent dan pengunjung mereka yang diuji bagi COVID-19 didapati positif virus itu.

Penduduk Blok 103 Henderson Crescent menjalani ujian wajib COVID-19 pada 28 Jun 2021. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)
SINGAPURA: Seramai tujuh daripada 591 penduduk di Blok 105 Henderson Crescent dan pengunjung mereka yang diuji bagi COVID-19 didapati positif virus itu.
Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Isnin (28 Jun) bahawa ia sudahpun menamatkan operasi ujian di blok HDB itu. Ia dikenapasti sebagai satu kelompok baru COVID-19 pada Jumaat lalu.
Kesemua tujuh penduduk itu sebelum ini dilaporkan oleh MOH dalam kemas kini hariannya mengenai COVID-19. Mereka ialah:
- Pesara wanita berusia 70 tahun
- Wanita Singapura berusia 40 tahun yang bekerja sebagai seorang eksekutif kewangan di ST Engineering
- Lelaki Filipina berusia 45 tahun yang bekerja sebagai pakar penyenggaraan di syarikat perindustrian gas, Air Liquide
- Penduduk tetap lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan sambilan bersama Grab dan Foodpanda
- Penduduk tetap wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pengurus operasi di kedai barangan runcit Green Mart SG
- Lelaki Singapura berusia 45 tahun yang bekerja sebagai pengurus di syarikat kejuruteraan binaan, Meinhardt Group
- Seorang pembantu rumah Indonesia berusia 43 tahun
Setakat Ahad, 12 kes dikaitkan dengan kelompok Henderson Crescent. Kes paling awal dicatatkan di sana melibatkan seorang pesara lelaki berumur 67 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 17 Jun.
Penduduk di Blok 103 yang berdekatan sedang menjalani ujian wajib setelah empat orang dijangkiti COVID-19 dikesan dalam tiga isi rumah blok berkenaan.
Operasi swab dua hari itu akan berakhir pada Selasa, jam 4.00 petang.
MOH juga akan menjalankan ujian sukarela bagi pengunjung dan mereka yang berinteraksi dengan penduduk Blok 103 Henderson Crescent antara 7 hingga 26 Jun.
KELOMPOK TIONG BAHRU
Di estet Tiong Bahru pula, di mana 13 orang dari tiga isi rumah dijangkiti COVID-19, ujian operasi swab dijalankan pada hujung minggu lalu.
MOH menyatakan kesemua 145 penduduk dan pengunjung ke 66 Eng Watt Street diuji negatif koronavirus itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.