7 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 1 kes dalam masyarakat
Tujuh kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (5 Nov), termasuk satu kes dalam masyarakat.
SINGAPURA: Tujuh kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (5 Nov), termasuk satu kes dalam masyarakat.
Terdapat juga enam kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja mereka tiba di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
Jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura adalah sebanyak 58,043.
Perincian mengenai kes-kes yang dilaporkan hari ini akan didedahkan pada malam ini, tambah kementerian itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.