7,509 kes baru COVID-19 di M'sia; 98.5% kategori 1 & 2
Kes baru COVID-19 di Malaysia meningkat sedikit kepada 7,509 kes setakat 12.00 tengah hari ini (16 Okt) berbanding 7,420 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Warga Malaysia beratur untuk menaiki bas di bas terminal Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, pada 11 Okt 2021 selepas sekatan merentas negeri ditarik balik bagi individu lengkap divaksin. (Gambar: Vincent Tan)
KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia meningkat sedikit kepada 7,509 kes setakat 12.00 tengah hari ini (16 Okt) berbanding 7,420 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata daripada 7,509 kes baru yang dilaporkan itu, hanya 116 kes atau 1.5 peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala 7,393 kes atau 98.5 peratus lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.
“Daripada jumlah kes baru itu, 16 kes merupakan kes import manakala 7,493 kes adalah kes tempatan,” katanya dalam kenyataan mengenai keadaan COVID-19 hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, kes sembuh pula merekodkan 9,531 kes mengatasi kes baru hari ini.
Beliau berkata kes yang disahkan COVID-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 630 kes, dengan 281 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat sembilan kelompok baru dikenal pasti melibatkan empat kelompok di tempat kerja, tiga kelompok pendidikan dan masing-masing satu kelompok dalam masyarakat dan kumpulan berisiko.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.