Skip to main content

Iklan

Iklan

61 pelawat dari Afrika Selatan di Belanda disah positif COVID-19

Pihak berkuasa kesihatan Belanda menyatakan 61 orang yang tiba di Amsterdam dengan menaiki dua penerbangan dari Afrika Selatan pada Jumaat (26 Nov) diuji positif COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
61 pelawat dari Afrika Selatan di Belanda disah positif COVID-19

Para penumpang beratur di tempat pendaftaran masuk sebelum penerbangan di kawasan pelepasan Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam pada 16 Okt 2021. (Gambar fail: Evert Elzinga / ANP / AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2021 05:18PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 05:25PM

AMSTERDAM: Pihak berkuasa kesihatan Belanda menyatakan 61 orang yang tiba di Amsterdam dengan menaiki dua penerbangan dari Afrika Selatan pada Jumaat (26 Nov) diuji positif COVID-19. Tambahnya, ia akan melakukan ujian lebih lanjut pada Sabtu (27 Nov) untuk menentukan jika mana-mana jangkitan itu terkait dengan varian koronavirus Omicron, yang baru dikenal pasti.

Sekitar 600 penumpang tiba di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam dengan dua penerbangan KLM dari Cape Town dan Johannesburg pada Jumaat. Para penumpang harus menghadapi masa selama berjam-jam dan menjalani ujian COVID-19 disebabkan kebimbangan terhadap varian baru koronavirus.

Kementerian Kesihatan Belanda pada Sabtu pagi menyatakan, hasil ujian menunjukkan 61 penumpang positif COVID-19.

"Pelawat dengan hasil ujian positif akan ditempatkan dalam pengasingan di sebuah hotel di atau dekat Schiphol," kata pihak berkuasa kesihatan dalam satu kenyataan.

"Dari hasil ujian positif itu, kami sedang meneliti secepat mungkin adakah ia jenis varian baru membimbangkan, yang kini dipanggil Omicron."

Pemerintah Belanda melarang semua perjalanan udara dari Afrika selatan pada Jumaat. Menteri Kesihatan Hugo de Jonge menetapkan bahawa penumpang yang sudah dalam perjalanan ke Belanda harus menjalani ujian dan kuarantin sebaik tiba di negara itu.

Dalam pada itu, pemerintah Belanda mengumumkan penutupan bar, restoran, dan sebahagian besar kedai pada malam hari dalam usaha untuk mengekang gelombang COVID-19 yang telah membebani sistem kesihatan negara itu.   

Sumber : Reuters/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan