Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama ... Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee

Tahukah anda, walaupun beliau jaguh sukan air, iaitu mendayung, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa’ee sebenarnya tak tahu berenang! Sehinggalah pada tahun lalu. Aneh tapi benar!

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama ... Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee

Saiyidah Aisyah di Sukan SEA 2015. (Gambar: aisyahrower.com)

BERITAMediacorp: Tahukah anda, walaupun beliau jaguh sukan air, iaitu mendayung, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa’ee sebenarnya tak tahu berenang! Sehinggalah pada tahun lalu. Aneh tapi benar!

Saiyidah Aisyah juga pernah menulis dalam satu catatan Facebook pada Mac 2011:

“Wahai ibuku, saya minta maaf kerana tidak menjadi seorang guru seperti yang ibu inginkan. Saya membangunkan (laman) Aisyah Rower supaya saya dapat membuktikan bahawa ada individu-individu yang yakin akan kebolehan saya.”

Mujur, tujuh tahun kemudian, ‘Rower’ ataupun pendayung, menjadi sebati dengan nama Aisyah.

Kisah atlit Singapura ini mengharungi cabaran-cabaran seperti masalah pembiayaan dan kecederaan demi mencipta sejarah sebagai rakyat Singapura pertama untuk memenangi pingat emas dalam acara berdayung di sukan SEA dan layakkan diri ke sukan Olimpik beberapa tahun selepas itu menjadi kisah kebanggaan masyarakat.

Pendayung negara di Olimpik Rio 2016. (Gambar: Aisyah Rower/Facebook)

Laman Aisyah Rower yang dibangunkannya pula menjadi perakam kisah tersebut sehingga hari ini.

Melaluinya, pendayung yang berusia 29 tahun ini berjaya meraih kepercayaan para penyumbang yang menggalang S$14,000 bagi menampung latihannya di Sydney. Malah, ia juga sumber bagi atlit-atlit muda dan orang ramai mendapatkan inspirasi daripada perjalanan hidup Aisyah.

Aisyah kini meneroka wadah baru pula dengan laman YouTube yang baru dilancarkan awal tahun ini yang digelar “Sports Gala Show”. Ia diharapkan dapat menjadi sumbangannya kepada sukan negara, selain pencapaiannya sejauh ini dalam berdayung.

Episod pertama "Sports Gala Show". (Sumber: Sports Gala Show/Youtube)

Maka itu, 5 Soalan Bersama … Aisyah Saiyidah minggu ini membawakan kepada anda individu yang menjangkaui gelaran ‘pendayung’. Wartawan Said Mahadi juga mengajak anda mengenali Aisyah sebagai personaliti media sosial dan juga atlit triatlon selain pendayung harapan negara bagi Olimpik 2020.

SOALAN 1

SAID: Anda baru melancarkan Sports Gala Show. Boleh anda ceritakan sedikit sebanyak tentangnya?

AISYAH: Saya membuat keputusan untuk melancarkan siri YouTube/Audio Siar (podcast) kerana saya sendiri gemar mendengar audio siar dan ia biasanya adalah kisah-kisah yang dikongsi para individu. Saya dapati bahawa saya dapat menimba banyak pengajaran daripada mendengar kisah orang lain. Saya berharap agar dengan mendengar kisah-kisah para atlit, atlit-atlit muda dapat membayangkan apa yang diperlukan untuk bersaing di peringkat tinggi.

Saya juga berpandangan bahawa rakyat Singapura tidak begitu mengenali atlit-atlit mereka seperti yang sepatutnya dan kami hanya menerima sokongan semasa termasya sukan tetapi sebahagian besar masa yang diluangkan untuk berlatih adalah masa di mana kami perlukan sokongan yang paling banyak. Oleh itu, ini adalah peluang yang baik untuk mengenali para atlit kami dengan lebih baik lagi.

Saya juga menyebut tentang isu tajaan dalam video-video saya kerana kadangkala orang ramai menanyakan bagaimana saya dapat tajaan tetapi saya rasa caranya berbeza bagi setiap atlit. Oleh itu, saya harap kisah-kisah ini akan memberi atlit-atlit bayangan tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan lebih banyak sokongan.

Aisyah baru-baru ini mengadakan wawancara bersama Michelle Sng, atlit olahraga negara. (Sumber: @ariesyah/Instagram)

Saya bertanggapan bahawa video-video ini adalah peluang baik bagi para atlit untuk “mempromosikan” diri mereka supaya lebih ramai lagi orang boleh tampil dan membantu mereka dalam jejak sukan mereka. Saya juga akan mengadakan wawancara dengan para atlit yang sudah pencen dan juga karyawan lain selain atlit yang bekerja dalam industri sukan. Pokoknya, ‘show’ ini adalah untuk semua orang!

Namun ia sedang berkembang dengan perlahan kerana saya masih baru lagi dalam menyunting video dan mempromosikan ‘show’ saya. Saya harus belajar bagaimana untuk menyunting video dari awalnya dan ia mengambil masa beberapa hari hanya untuk menyelesaikan satu episod!!! Saya tidak ingin hanya menghasilkan audio siar yang lebih mudah dilakukan kerana saya tidak pasti sama ada rakyat Singapura mendengar audio siar. Namun, saya harap satu hari nanti kerja keras saya berbaloi dengan lebih ramai orang ‘subscribe’ kepada laman YouTube saya, menonton video-video saya, berkongsinya dan yang penting sekali mempelajari sesuatu yang baru daripada setiap episod.

SOALAN 2

Said: Kami mendapati daripada Instagram anda (@ariesyah) dan blog anda (Aisyah Rower) bahawa anda sedang berlatih untuk mencapai misi anda untuk lakukan ‘handstand’ dalam tempoh 100 hari. Bagaimana perkembangan anda setakat ini? Apakah yang buat anda terfikir tentang idea ini?

Aisyah: Perkembangannya tidak begitu menggalakkan kerana saya sedang belajar melakukannya hanya dengan menonton video-video di YouTube dan setiap video mengajar saya perkara yang berbeza lantas berbanding hanya menumpukan kepada satu cara sahaja, saya akan cuba satu cara hari ini dan cara yang berbeza keesokan harinya. Oleh itu, ia tidak konsisten! Namun, ia adalah pengajaran yang baik. Kini, saya hanya tumpukan pada satu cara sahaja. Saya memutuskan untuk cuba rancangan 100 hari ini kerana pada hujung 100 hari tersebut, saya akan menyambut ulang tahun yang ke-30 dan saya ingin memperolehi kemahiran baru sebelum mencecah 30 tahun!

Pada hari ke-54, saya berjaya melakukan ‘handstand’! Ia sangat memuaskan untuk mencapai kemajuan walaupun sedikit!

SOALAN 3

Said: Selain sukan berdayung, anda juga baru-baru ini giat dalam triatlon dan aquathlon. Malah, anda mendapat kedudukan yang baik bagi kedua-duanya. Apakah yang menjadi pengaruh anda untuk cuba sukan baru dan adakah anda akan terus menceburinya?

Aisyah: Saya baru sahaja belajar berenang tahun lalu. Saya memang banyak berlari dan kadangkala saya berkayuh basikal sebagai sebahagian daripada latihan saya. Oleh itu saya berfikir, mengapa tidak saya cuba perlumbaan triatlon kerana dengan itu, saya boleh melakukan ketiga-tiga acara! Ia juga membantu dalam membina asas saya untuk berdayung. Namun, saya memang takut untuk berenang di laut kerana hidung saya patah pada 2013 apabila sebuah papan luncur air terkena muka saya! Sejak itu, saya tidak pernah ke laut! Oleh itu, saya mahu mengharungi perkara yang saya takutkan itu!

Gambar: Aisyah Rower/Facebook

Saya suka mencabar diri sendiri kerana sekiranya kita tidak berbuat demikian, kita tidak akan tahu apa yang kita boleh lakukan! Saya tentu sekali akan menyertai lebih banyak lagi perlum

aan triathlon dan juga saya bermatlamat untuk menyelesaikan sebuah ‘half Ironman’.

SOALAN 4

Said: Apakah harapan anda bagi sukan mendayung di Singapura?

Aisyah: Saya harap lebih ramai orang akan mencuba sukan ini kerana ia bukan sahaja sukan yang indah tetapi ia juga baik untuk kecergasan dan membina jasmani anda.

SOALAN 5

Said: Adakah Sukan Asia 2018 dan Sukan Olimpik 2020 masih menjadi sasaran anda?

Aisyah: Saya akan cuba layakkan diri ke Sukan Asia tahun ini tetapi saya baru sahaja pulang daripada berehat dan saya sedang kembali langkah demi langkah. Tetapi tumpuan utama saya adalah Tokyo 2020.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan