5 kes baru COVID-19 dalam masyarakat di S'pura, semua berkait kes terdahulu
Singapura melaporkan lima kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat tengah hari Selasa (29 Jun), kesemuanya dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini.
Orang ramai dalam MRT memakai pelitup. (Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Singapura melaporkan lima kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat tengah hari Selasa (29 Jun), kesemuanya dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini.
Empat kes sudahpun dikenakan kuarantin dan satu lagi kes dikesan melalui pengawasan, dedah Kementerian Kesihatan (MOH).
Terdapat juga lima kes import, kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.
Dalam kalangan kes itu, empat dikesan setibanya di Singapura manakala seorang lagi jatuh sakit sewaktu menjalani SHN atau pengasingan.
Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 10 kes baru COVID-19 pada Selasa.
Perincian kes akan dikeluarkan malam ini, menurut MOH.
OPERASI UJIAN DI HENDERSON CRESCENT, ENG WATT STREET
MOH menyatakan pada Isnin (28 Jun) ia sudah selesai menjalankan ujian COVID-19 di Henderson Crescent pada 25 Jun, yang membabitkan 591 penduduk dan pengunjung.
Dalam kalangan mereka, 584 didapati negatif manakala tujuh positif COVID-19.
Ujian COVID-19 juga selesai dijalankan di 66 Eng Watt Street pada 27 Jun. Kesemua 145 penduduk dan pengunjung yang diuji didapati negatif COVID-19.
Setakat Selasa, Singapura melaporkan 62,563 kes dengan 36 kematian akibat COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.