46,000 daripada 133,000 permohonan Geran Bantuan COVID-19 ditolak
Sekitar 46,000 permohonan daripada rakyat Singapura serta penduduk tetap bagi mendapatkan Geran Bantuan COVID-19 ditolak, dedah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli pada Rabu (14 Okt).

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Sekitar 46,000 permohonan daripada rakyat Singapura serta penduduk tetap bagi mendapatkan Geran Bantuan COVID-19 ditolak, dedah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli pada Rabu (14 Okt).
Jumlah berkenaan adalah daripada 133,000 individu yang memohon bagi geran tersebut, kata Encik Masagos dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio Ng Ling Ling.
Menteri itu menambah, lebih 83,000 permohonan diluluskan dan lagi 4,000 sedang diproses.
Hanya individu yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19, disuruh mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan berturut-turut atau mereka yang pendapatannya dipotong sekurang-kurangnya 30 peratus untuk sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut layak mendapatkan geran tersebut.
Geran Bantuan COVID-19 menyediakan pemohon yang berjaya dengan bantuan S$800 sebulan selama tiga bulan.
Bagaimanapun, beberapa kriteria perlu dipenuhi. Misalnya, pendapatan kasar keluarga pemohon tidak boleh melebihi S$10,000 sebulan atau pendapatan bulanan per kapita tidak boleh melebihi S$3,100.
Encik Masagos berkata daripada 46,000 pemohon yang tidak berjaya, sekitar 2,500 daripadanya ditolak disebabkan oleh kriteria pendapatan itu.
Beliau menambah pejabat khidmat sosial kementeriannya akan menilai permohonan berdasarkan dari kes ke kes dan akan mengamalkan kelonggaran bagi menyokong keluarga dalam keadaan susah sekalipun jika pendapatan isi rumah mereka melebihi kriteria yang ditetapkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.