Skip to main content

450 kes tidak mengancam nyawa dilencongkan dari CGH ke hospital lain dek kelompok COVID-19

Sekitar 450 kes panggilan ambulans yang tidak mengancam nyawa dilencongkan dari Hospital Besar Changi (CGH) ke hospital-hospital lain antara 25 Jun dengan 7 Julai disebabkan oleh penularan COVID-19 di hospital tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
450 kes tidak mengancam nyawa dilencongkan dari CGH ke hospital lain dek kelompok COVID-19

Gambar fail: TODAY

Diterbitkan : 10 Jul 2021 10:25AM Dikemas Kini : 10 Jul 2021 10:31AM

SINGAPURA: Sekitar 450 kes panggilan ambulans yang tidak mengancam nyawa dilencongkan dari Hospital Besar Changi (CGH) ke hospital-hospital lain antara 25 Jun dengan 7 Julai disebabkan oleh penularan COVID-19 di hospital tersebut.

Kes-kes sedemikian disalurkan ke Hospital Besar Sengkang, Hospital Besar Singapura (SGH), Hospital Tan Tock Seng (TTSH)dan Hospital Raffles, dedah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kepada Mediacorp pada Jumaat (9 Jul).

Para pesakit dengan keadaan yang mengancam nyawa tetap dibawa ke CGH bagi kes-kes jika hospital tersebut adalah yang terdekat buat mereka, tambah SCDF.

Dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan langkah itu akan membolehkan CGH untuk menguruskan pesakit dan menangani kes-kes COVID-19 di luar jangkaan di hospital tersebut dengan lebih baik lagi.

MOH menambah bahawa para pesakit di hospital-hospital yang menerima kes-kes yang dilencongkan itu mungkin harus menunggu lebih lama sepanjang tempoh tersebut. Maka itu, ia memohon timbang rasa dan kesabaran orang ramai.

"Mereka dengan keadaan tidak mengancam nyawa sebaik-baiknya mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik jagaan asas dan hanya ke (jabatan kecemasan) jika benar-benar dalam kecemasan atau dalam keadaan yang mengancam nyawa," tekan MOH.

Jumlah terkumpul daripada kelompok CGH bertambah menjadi 20 dengan pesakit pertama dari kelompok itu adalah seorang lelaki berusia 35 tahun yang bekerja sebagai seorang porter di hospital. Beliau diuji positif COVID-19 pada 23 Jun lalu.

Setakat Khamis (8 Jul), MOH menyenaraikan kelompok CGH sebagai salah satu daripada 22 kelompok aktif di negara ini.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita