Skip to main content

Iklan

Iklan

4 Belanjawan bertujuan sokong ekonomi S'pura semasa pandemik COVID-19

Sama ada pemerintah Singapura akan membayar balik dana rizab negara, bergantung kepada bagaimana keadaan pada masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jun 2020 09:30PM Dikemas Kini : 05 Jun 2020 09:43PM

SINGAPURA: Sama ada pemerintah Singapura akan membayar balik dana rizab negara, bergantung kepada bagaimana keadaan pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata demikian di Parlimen hari ini (5 Jun), sebagai menjawab beberapa pertanyaan tentang empat belanjawan negara yang berjumlah S$193 bilion, tahun ini.

Empat Belanjawan negara itu bertujuan menyokong ekonomi Singapura semasa pandemik COVID-19.

Menurut DPM Heng, tiada kewajipan undang-undang atau perlembagaan bagi pemerintah membayar balik dana rizab negara yang dikeluarkan.

Pemerintah bagaimanapun tambah Encik Heng telah mengembalikan rizab S$4 bilion yang telah digunakan pada 2009 semasa krisis kewangan sejagat.

Beliau menambah, tiada sesen pun rizab S$150 bilion yang menjamin deposit-deposit bank telah digunakan, apabila sistem perbankan tempatan bangkit dengan selamat daripada Krisis Kewangan Sejagat.

Namun Encik Heng menyifatkan krisis sekarang memang besar skalanya dan lebih meluas jangkauannya berbanding Krisis Kewangan Global yang lalu.

Selai itu kita tambah beliau, sedang berdepan dengan ketidaktentuan yang besar berhubung arah tuju pandemik ini serta kesannya ke atas sektor-sektor ekonomi dan sosial.  

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan