Skip to main content

370 kes baru COVID-19 di S'pura; terendah sejak 8 Sep

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 370 kes baru COVID-19 di Singapura dan lima kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat 12.00 tengah hari Ahad (12 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
370 kes baru COVID-19 di S'pura; terendah sejak 8 Sep

Anggota kakitangan Lapangan Terbang Changi di Terminal 1. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 12 Dec 2021 11:33PM Dikemas Kini : 12 Dec 2021 11:35PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 370 kes baru COVID-19 di Singapura dan lima kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat 12.00 tengah hari Ahad (12 Dis).

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 12 Dis: 370 berbanding 559 pada Sabtu

Ini adalah jumlah kes terendah dicatatkan sejak 8 September dengan 349 kes dilaporkan ketika itu.

Kes baru dalam masyarakat: 355
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 4
Kes import: 11

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 273,362

KEMATIAN

Kes kematian pada 12 Dis: 5
Jumlah kematian sejauh ini: 794

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.61, jatuh sedikit berbanding 0.62 pada Sabtu (11 Dis).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 13 Nov berada di bawah 1.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 592 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 104
Dipantau rapi di ICU: 3
Sakit tenat di ICU: 30
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 46.9 peratus berbanding 48.6 peratus pada Sabtu

Seramai 830 pesakit dibenarkan pulang.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Sehingga Sabtu, 96 peratus penduduk Singapura yang layak - mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 87 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 30 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita