Skip to main content

Iklan

Iklan

34 ditahan sertai pesta liar di dua lokasi di Senai

Keseronokan 34 individu berhibur dalam parti liar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berpanjangan apabila ditahan dalam dua serbuan polis di sekitar Senai dekat Kulai awal pagi Rabu (20 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
34 ditahan sertai pesta liar di dua lokasi di Senai

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 May 2020 07:17AM Dikemas Kini : 21 May 2020 07:19AM

JOHOR BAHRU: Keseronokan 34 individu berhibur dalam parti liar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berpanjangan apabila ditahan dalam dua serbuan polis di sekitar Senai dekat Kulai awal pagi Rabu (20 Mei). 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Afzanizam Yahaya berkata dalam kedua-dua serbuan pada kira-kira 12.40 tengah malam ke atas dua kediaman yang dipercayai inap desa, polis berjaya menahan 21 lelaki dan enam wanita warga tempatan serta tujuh wanita warga Vietnam.

Kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 16 hingga 38 tahun.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka bukan penghuni premis itu serta gagal memberi alasan munasabah untuk berkumpul,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis turut merampas dadah dipercayai jenis serbuk ekstasi seberat 247.29 gram, ketamin 8.07 gram serta dua biji pil ekstasi.

ACP Afzanizam berkata 28 daripada mereka positif dadah jenis ketamin dan amfetamin manakala tiga lagi mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 25 Mei. 

Katanya kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 serta Akta Imigresen 1959/63.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan