30 kru SIA mulakan tugas duta penjagaan di Hospital Khoo Teck Puat
Seramai 30 kru kabin Singapore Airlines memulakan tugas mereka sebagai duta-duta penjagaan di Hospital Khoo Teck Puat.
Seorang pesakit di sebuah hospital di Singapura. (Gambar fail: SGH)
SINGAPURA: Seramai 30 kru kabin Singapore Airlines memulakan tugas mereka sebagai duta-duta penjagaan di Hospital Khoo Teck Puat.
Mereka dipanggil untuk membantu pasukan penjagaan hospital di tengah-tengah krisis COVID-19.
Ini sedang banyak penerbangan digantung ekoran larangan perjalanan global.
Oleh kerana tugasan mereka tergantung akibat pembatalan penerbangan, seramai 300 kru kabin akan dipinjamkan kepada hospital-hospital awam.
Tugas mereka termasuk melaksanakan prosedur penjagaan asas seperti membantu pesakit duduk semasa waktu makan serta menjaga pemakanan pesakit di wad-wad berisiko rendah.
Mulai Rabu, duta-duta penjagaan itu akan dilatih dalam langkah-langkah keselamatan dan pengawalan jangkitan dan juga akan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) semasa syif mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.