Skip to main content

Iklan

Iklan

3 parti pembangkang terbesar mungkin jadi 'pengganti Pemerintah' jika bergabung, kata Chan Chun Sing

Tiga parti pembangkang terbesar mungkin boleh menjadi "pengganti Pemerintah" jika mereka bergabung, menurut Encik Chan Chun Sing dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di satu sesi dialog pada malam semalam (2 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
3 parti pembangkang terbesar mungkin jadi 'pengganti Pemerintah' jika bergabung, kata Chan Chun Sing

Tiga parti pembangkang terbesar mungkin boleh menjadi "pengganti Pemerintah" jika mereka bergabung, menurut Encik Chan Chun Sing. (Gambar: Lianhe Zaobao/Facebook)

Diterbitkan : 03 Jul 2020 05:32PM Dikemas Kini : 03 Jul 2020 05:37PM

SINGAPURA: Tiga parti pembangkang terbesar mungkin boleh menjadi "pengganti Pemerintah" jika mereka bergabung, menurut Encik Chan Chun Sing dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di satu sesi dialog pada malam semalam (2 Jul).

Encik Chan, yang akan bertanding di GRC Tanjong Pagar pada Pilihan Raya Umum kali ini, berkata demikian dalam sidang dialog yang dianjurkan oleh akhbar bahasa Mandarin, Lianhe Zaobao bersama Cik Hazel Poa daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP) dan Encik Kenneth Foo, calon Parti Pekerja (WP).

Cik Poa, yang merupakan naib pengerusi PSP, akan bertanding di GRC West Coast sementara Encik Foo pula akan bertanding di GRC East Coast.

Bercakap dalam bahasa Mandarin, Encik Chan berkata bahawa beliau sudah meneliti kedua-dua manifesto WP dan PSP, dan berpendapat bahawa "daripada perspektif PAP, kami tidak memandang kedua-dua parti itu sebagai pembangkang".

"Kami menganggap mereka sebagai parti-parti yang mungkin akan menggantikan Pemerintah setelah 10 Jul," katanya. "Tiga parti pembangkang terbesar, bergabung, mungkin menjadi pengganti Pemerintah."

"Perkara ini juga berlaku di beberapa negara lain, mungkin boleh berubah pemerintah. Oleh itu, saya meneliti dasar-dasar mereka dengan amat teliti," tambahnya.

Memberikan responsnya terhadap komen Encik Chan mengenai "pengganti pemerintah", Cik Poa berkata andaian itu tidak sepatutnya dibesar-besarkan.

"Terdapat persaingan bagi hampir setiap kerusi sejak beberapa pilihan raya yang lalu," katanya dalam bahasa Mandarin. "Dan ini dapat disaksikan pada pilihan raya lalu, PAP biasanya memperolehi lebih 90 peratus kerusi Parlimen."

Beliau menambah bahawa ia masih terlalu awal untuk menyentuh tentang "pengganti pemerintah".

"Kami sepatutnya lebih prihatin tentang suara pembangkang dalam Parlimen kerana ia lebih relevan buat masa ini," katanya.

Pada awal sesi dialog tersebut, Encik Chan juga mengatakan bahawa jumlah parti dalam pemerintah bukan "perkara yang sangat penting".

Tanpa memberikan butiran atau merujuk kepada mana-mana negara secara khusus, Encik Chan berkata bahawa sesetengah negara mempunyai banyak parti dalam pemerintah, tetapi hasilnya agak sederhana saja apabila menyentuh tentang pemerintahan.

"Sebaliknya, ada negara-negara yang mungkin tidak memiliki begitu banyak parti dalam pemerintah, atau ditadbir oleh sesebuah parti - negara-negara tersebut memperlihatkan prestasi yang agak baik", katanya.

"Bagi saya, hal utama bukanlah mengenai jumlah parti tetapi yang paling penting adalah mengenai sokongan rakyat."

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan