Skip to main content

3 kes baru varian Mu COVID-19 dikesan di Hong Kong

Penguasa kesihatan Hong Kong mengesan varian Mu COVID-19  pada tiga individu yang tiba di wilayah khas China itu baru-baru ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
3 kes baru varian Mu COVID-19 dikesan di Hong Kong

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 04 Sep 2021 06:20PM Dikemas Kini : 04 Sep 2021 06:22PM

HONG KONG: Penguasa kesihatan Hong Kong mengesan varian Mu COVID-19 pada tiga individu yang tiba di wilayah khas China itu baru-baru ini.

Dua daripada mereka tiba dari Colombia manakala seorang lagi tiba dari Amerika Syarikat.
Kes-kes tersebut dikesan pada Jun dan Julai lalu.

Varian baru koronavirus itu bagaimanapun tidak menular dalam kalangan masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telahpun mengisytiharkan varian Mu sebagai "varian yang perlu diberi perhatian" atau VOI - iaitu yang kelima dipantau sejauh ini.

Ketika ini, masih tidak jelas sama ada vaksin COVID-19 menyediakan perlindungan sepenuhnya terhadap mutasi koronavirus itu.

Kes jangkitan pertama melibatkan varian Mu dikesan di Colombia pada Januari lalu.
Ia sudahpun merebak ke lebih 39 lokasi.

Menurut para pakar, sekitar 4,500 orang di merata dunia dijangkiti varian tersebut. 

Sumber : Agensi berita/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita