Skip to main content

2 PR yang pulang dari India, Turki antara 10 kes baru COVID-19

Singapura melaporkan 10 kes baru COVID-19 pada Rabu (10 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
2 PR yang pulang dari India, Turki antara 10 kes baru COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Mar 2021 11:29PM Dikemas Kini : 10 Mar 2021 11:30PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 10 kes baru COVID-19 pada Rabu (10 Mac).

Kesemuanya merupakan kes import, yang dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.

Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam masyarakat atau di dormitori pekerja asing.

Antara kes dilaporkan hari ini adalah dua penduduk tetap yang pulang dari India dan Turki.

Satu kes melibatkan pemegang pas tanggungan yang tiba dari India.

Lagi empat kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, Indonesia, Malaysia dan Filipina, termasuk dua pembantu rumah asing.

Baki tiga kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek termasuk seorang wanita yang tiba dari indonesia bagi projek kerja. Dua lagi melibatkan seorang budak perempuan lima tahun yang merupakan kontak kes terdahulu dan seorang wanita dari Indonesia bagi mengunjungi saudara mara mereka yang merupakan penduduk tetap Singapura.

Dalam pada itu, enam lagi pesakit dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan keseluruhan jumlah kes pulih di Singapura sebanyak 59,911.

25 kes masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Satu kes masih berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Lagi 97 kes yang mengalami simptom ringan atau pulih secara klinikal namun masih diuji positif bagi COVID-19 sedang menjalani pengasingan dan dirawat di kemudahan masyarakat.

Sehingga hari ini, Singapura melaporkan 60,062 kes COVID-19 dengan 29 kematian.   

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita