Skip to main content

Iklan

Iklan

2 kanak-kanak di PCF Sparkletots Bedok North diuji positif COVID-19

PCF Sparkletots di Blok 115 Fengshan ditutup sejak Jumaat setelah dua kanak-kanak dari rumah yang sama diuji positif COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
2 kanak-kanak di PCF Sparkletots Bedok North diuji positif COVID-19

Gambar fail PCF Sparkletots (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 31 Jul 2021 09:50PM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 09:53PM

SINGAPURA: PCF Sparkletots di Blok 115 Fengshan ditutup sejak Jumaat setelah dua kanak-kanak dari rumah yang sama diuji positif COVID-19.

Menurut surat yang dihantar kepada ibu bapa daripada pengendali pusat itu dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) yang dilihat oleh Mediacorp, kes tersebut melibatkan adik beradik. Mereka kali terakhir berada di pusat yang terletak di Bedok North itu pada Selasa (27 Jul).

Pusat tersebut ditutup bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman sejak semalam. Penjejakan kontak sedang dijalankan.

Semua kanak-kanak dan kakitangan yang dikenalpasti sebagai kontak rapat kanak-kanak berkenaan sudah dikuarantin.

Sebagi langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di sekolah itu pada masa yang sama dengan dua kanak-kanak terbabit telah diberi cuti Ketidakhadiran (LOA) hingga 10 Ogos.

Sekolah itu akan dibuka seperti biasa pada Isnin bagi kakitangan dan kanak-kanak lain yang tidak terjejas.

Menurut PCF Sparkletots pihaknya akan memantau rapi keadaan itu dan meminta ibu bapa supaya memantau kesihatan anak mereka.  

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan