Skip to main content

2 anggota RSAF dikuarantin di rumah selepas 4 lagi disahkan hidap COVID-19

 Dua anggota Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dikenakan dikuarantin di rumah setelah empat yang lain disahkan dijangkiti COVID-19, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Rabu (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
2 anggota RSAF dikuarantin di rumah selepas 4 lagi disahkan hidap COVID-19

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 12 Mar 2020 12:20AM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 12:21AM

SINGAPURA: Dua anggota Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dikenakan dikuarantin di rumah setelah empat yang lain disahkan dijangkiti COVID-19, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Rabu (11 Mac).

Dalam satu maklumat terkini mengenai keadaan virus korona di Singapura, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa empat anggota RSAF - kes 165, 169, 173 dan 175 - diuji positif COVID-19 setelah pulang dari tugas rasmi di Perancis.

Kesemuanya dikenal pasti sebagai kes diimport.

MINDEF mengesahkan bahawa empat anggota sepenuh masa berada di Marseille atas tugas rasmi antara 15 Feb hingga 7 Mac, dan kembali ke Singapura pada 8 Mac. Mereka mula menunjukkan simptom selepas itu dan diuji positif pada 10 Mac atau 11 Mac.

Tiga anggota RSAF dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) manakala seorang lagi dirawat di Hospital Khoo Teck Puat.

Dua anggota RSAF sepenuh masa lain yang sama-sama berada di luar negara dengan para anggota RSAF yang dijangkiti COVID-19 itu, sudah kembali ke Singapura dan "pada masa ini dalam keadaan baik, tetapi dikuarantin di rumah kerana mereka berhubung rapat dengan anggota yang dijangkiti," menurut MINDEF.

Ia menyatakan bahawa pihaknya sudah mengurangkan kerahan latihan luar negara dan latihan akibat penularan COVID-19. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita