Skip to main content

17 kes baru COVID-19 di Singapura, kesemuanya import

Singapura melaporkan 17 kes baru COVID-19 sehingga tengah hari Ahad (14 Mac), menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
17 kes baru COVID-19 di Singapura, kesemuanya import

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Mar 2021 04:15PM Dikemas Kini : 14 Mar 2021 10:53PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 17 kes baru COVID-19 sehingga tengah hari Ahad (14 Mac), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam kalangan kes-kes tersebut, 15 tidak menunjukkan gejala dan dikesan daripada proses saringan manakala dua lagi mempunyai simptom.

Kesemua kes import itu dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan setibanya mereka di sini.

Tiada kes baru dilaporkan dalam masyarakat dan di dormitori pekerja asing hari ini.

Antara kes dilaporkan hari ini adalah empat pemegang pas tanggungan yang tiba dari Perancis, India dan Nepal.

Satu kes melibatkan pemegang pas jangka lama yang tiba dari India.

Lagi satu kes adalah pemegang pas pelajar yang juga tiba dari India.

Satu kes melibatkan pemegang pas kerja yang tiba dari Nepal.

Manakala, lapan adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Myanmar dan Filipina, termasuk satu kes yang merupakan pembantu rumah asing.

Dua kes selebihnya adalah pemegang pas lawatan jangka pendek. Kes 60881 tiba dari Filipina bagi mengunjungi saudara mara yang merupakan rakyat Singapura. Selain itu, Kes 60886 tiba dari India untuk mengunjungi ahli keluarganya yang bekerja di Singapura.

Dalam pada itu, tujuh lagi pesakit dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan keseluruhan jumlah kes pulih di Singapura sebanyak 59,968.

17 kes masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Tiada kes yang berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Lagi 90 kes yang mengalami simptom ringan atau pulih secara klinikal namun masih diuji positif bagi COVID-19 sedang menjalani pengasingan dan dirawat di kemudahan masyarakat. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita