15% klien minta pengecualian bayaran kontrak: Syarikat pembersihan
Sejak penularan COVID-19, beberapa syarikat pembersihan melaporkan sebanyak 15 peratus klien mereka meminta pengecualian bayaran kontrak.
SINGAPURA: Sejak penularan COVID-19, beberapa syarikat pembersihan melaporkan sebanyak 15 peratus klien mereka meminta pengecualian bayaran kontrak.
Namun, pemerintah dan badan-badan perdagangan meminta firma-firma penyedia khidmat sedemikian diberi bayaran secara adil.
Khidmat pembersihan antara sektor yang terjejas semasa krisis yang disebabkan oleh penularan COVID-19.
Syarikat WIS Holdings misalnya menggajikan lebih dari 3,000 pekerja pembersihan.
90 peratus daripadanya merupakan pekerja barisan hadapan yang membersihan wad-wad pengasingan dan unit-unit jagaan rapi.
Permintaan dari sektor penjagaan kesihatan dan kritikal semakin meningkat, tetapi dalam sektor runcit dan pusat membeli belah semakin menurun.
Oleh itu memang tidak hairanlah, sesetengah firma pembersihan menerima permintaan dari klien untuk kontrak mereka dibatalkan semasa tempoh ini.
Malah ada syarikat-syarikat yang meminta sehingga 50 peratus yuran kontrak dikecualikan.
Tanpa pembayaran kontrak, firma-firma pembersihan bimbang bagaimana untuk menampung gaji kakitangan mereka.
Oleh itu, pemerintah dan badan-badan perdagangan sudah meminta para pekerja dan firma-firma untuk dibayar dengan sewajarnya.
Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari menggesa pihak-pihak seperti penyedia khidmat, pembeli dan pekerja untuk bekerjasama bagi memastikan kemampanan sektor pembersihan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.