Skip to main content

Iklan

Iklan

15 kes baru COVID-19 dalam masyarakat di Singapura; 7 tidak berhubung kait

Sebanyak 15 kes baru COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari Selasa (1 Jun) termasuk tujuh yang tidak berkait dengan kes sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
15 kes baru COVID-19 dalam masyarakat di Singapura; 7 tidak berhubung kait

(Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 01 Jun 2021 04:23PM Dikemas Kini : 01 Jun 2021 04:29PM

SINGAPURA: Sebanyak 15 kes baru COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari Selasa (1 Jun) termasuk tujuh yang tidak berkait dengan kes sebelum ini.

Lapan dikaitkan dengan kes terdahulu, dengan enam sudah dikuarantin dan dua dikesan melalui ujian pengawasan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan awalnya.

Terdapat juga tiga kes import yang dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura. Dua adalah warga Singapura atau penduduk tetap.

Tiada jangkitan baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 18 kes baru COVID-19 pada Selasa.

Butiran kes akan diumumkan malam ini nanti, kata MOH.

Sehingga hari ini, Singapura mencatat 62,069 kes COVID-19 dengan 33 kematian.   

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan