131 kes baru COVID-19 dalam masyarakat; termasuk 52 tanpa hubung kait
Singapura melaporkan 131 kes tempatan baru COVID-19 pada Jumaat (30 Jul), termasuk 52 jangkitan yang tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu setakat 12.00 tengah hari ini.
(Gambar: Facebook/Grace Fu)
SINGAPURA: Singapura melaporkan 131 kes tempatan baru COVID-19 pada Jumaat (30 Jul), termasuk 52 jangkitan yang tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu setakat 12.00 tengah hari ini.
Dalam kalangan kes baru hari ini, 64 berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin. Lagi 15 kes terkait dengan kes-kes sebelumnya dan dikesan menerusi ujian pemantauan.
28 daripadanya berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong/ Pasar & Pusat Penjaja Hong Lim dan satu lagi dikaitkan dengan kelompok KTV, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.
Kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong kini melaporkan 997 kes dan kekal sebagai kelompok aktif terbesar di negara ini.
Antara kes-kes baru itu adalah seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang sudah menerima satu dos suntikan vaksin dan berisiko sakit teruk, menurut MOH.
Selain itu, lapan kes import sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Dua dikesan semasa tiba di Singapura manakala seorang lagi jatuh sakit semasa menjalani SHN atau tempoh pengasingan.
Secara keseluruhannya, 139 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura hari ini.
Butiran lanjut mengenai keadaan koronovirus di Singapura akan didedahkan pada malam ini, menurut MOH.
Setakat Jumaat, Singapura melaporkan sebanyak 64,861 kes jangkitan COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.