Skip to main content

Iklan

Iklan

13 lelaki ditahan di kedai gunting rambut ingkar perintah kawalan pergerakan

Polis menahan 13 lelaki pada Isnin (27 Apr), termasuk seorang tukang gunting rambut di dalam sebuah kedai gunting rambut di Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang, kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Ops COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
13 lelaki ditahan di kedai gunting rambut ingkar perintah kawalan pergerakan

(Gmabar: BERNAMA)

Diterbitkan : 28 Apr 2020 09:47AM Dikemas Kini : 28 Apr 2020 09:49AM

BUTTERWORTH: Polis menahan 13 lelaki pada Isnin (27 Apr), termasuk seorang tukang gunting rambut di dalam sebuah kedai gunting rambut di Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang, kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Ops COVID-19.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam serbuan pukul 3.30 petang itu, tukang gunting rambut tersebut sedang leka menggunting rambut pelanggannya manakala 11 lagi lelaki yang berada dalam premis tersebut sedang menunggu giliran.

"Polis menerima maklumat daripada orang ramai terdapat sebuah premis yang beroperasi secara tersembunyi untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut dan semasa serbuan, kami dapati terdapat 13 lelaki di situ," katanya.

Menurut beliau, mereka mengaku datang ke kedai itu untuk menggunting rambut dan kesemua lelaki termasuk tukang rambut, berusia antara 20 hingga 40 tahun, ditahan kerana ingkar arahan PKP.

ACP Noorzainy berkata selain 13 lelaki itu, polis turut menahan 20 individu lagi secara berasingan dalam Ops COVID-19 di sekitar daerah SPU kerana ingkar arahan PKP. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan