Skip to main content

Iklan

Iklan

13 kes COVID-19 dikesan susuli operasi ujian merata S'pura

Sejumlah 13 kes COVID-19 dikesan oleh pihak berkuasa menyusuli operasi ujian yang dijalankan ke atas sejumlah blok perumahan awam merata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
13 kes COVID-19 dikesan susuli operasi ujian merata S'pura

Blok 3 Teck Whye Lane (kiri), Blok 430 (tengah) dan Blok 445A Clementi Avenue 3 (kanan). (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 03 Aug 2021 10:02PM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 10:09PM

SINGAPURA: Sejumlah 13 kes COVID-19 dikesan oleh pihak berkuasa menyusuli operasi ujian yang dijalankan ke atas sejumlah blok perumahan awam merata Singapura.

Dalam kemas kini pada Selasa (3 Ogos), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa ia sudah selesai menjalankan operasi ujian pemantauan masyarakat di lokasi-lokasi berikut:

  • Blok 438 Ang Mo Kio Avenue 10
  • Blok 430 dan 445A Clementi Avenue 3
  • Blok 3 Teck Whye Lane
  • Blok 357 Yung An Road
  • Blok 510 West Coast Drive

BLOK 357 YUNG AN ROAD

Menurut MOH, kesemua 260 penduduk Blok 357 Yung An Road diuji negatif bagi penyakit itu. Ujian pemantauan di blok tersebut selesai dijalankan pada Jumaat.

BLOK 438 ANG MO KIO AVENUE 10

MOH selesai menjalankan ujian ke atas para penduduk, pelawat dan mereka yang berinteraksi dengan para penduduk blok itu pada Jumaat.

Dua individu diuji positif COVID-19 manakala lagi 430 didapati negatif.

BLOK 430 DAN 445A CLEMENTI AVENUE 3

Ujian pemantauan di kedua-dua blok bagi para penduduk, pelawat dan mereka yang berinteraksi dengan para penduduk di kedua-dua blok itu selesai dijalankan pada Selasa, menurut MOH.

Secara keseluruhannya, 842 individu diuji negatif COVID-19 sementara lagi empat didapati mengalami jangkitan COVID-19.

BLOK 3 TECK WHYE LANE

Empat individu diuji positif COVID-19 selepas ujian pemantauan selesai dijalankan pada Jumaat, manakala lagi 371 individu didapati negatif.

BLOK 510 WEST COAST DRIVE

Selepas ujian pemantauan selesai dijalankan pada Ahad, tiga individu diuji positif COVID-19 manakala 397 diuji negatif bagi penyakit itu.

Siang tadi, MOH melaporkan 102 kes COVID-19 di Singapura, empat daripadanya adalah kes import.

Secara keseluruhannya, jumlah kes koronavirus yang dilaporkan di negara ini adalah sebanyak 65,311 kes.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan