Skip to main content

Iklan

Iklan

13 kes COVID-19 dikesan menerusi 'ujian rambang' di klinik GP dan poliklinik

Tiga belas kes COVID-19 dikesan dalam tempoh tiga bulan, menerusi satu program pemantauan kesihatan awam yang secara rutin menguji sampel-sampel yang dikumpul daripada para pesakit yang mengalami simptom serupa demam selsema di klinik doktor keluarga (GP) dan poliklinik.

Anggaran Waktu Membaca:
13 kes COVID-19 dikesan menerusi 'ujian rambang' di klinik GP dan poliklinik
Diterbitkan : 06 May 2020 09:51PM Dikemas Kini : 06 May 2020 09:57PM

SINGAPURA: Tiga belas kes COVID-19 dikesan dalam tempoh tiga bulan, menerusi satu program pemantauan kesihatan awam yang secara rutin menguji sampel-sampel yang dikumpul daripada para pesakit yang mengalami simptom serupa demam selsema di klinik doktor keluarga (GP) dan poliklinik.

Program pengawasan penyakit itu sudah berlangsung sejak 2007, menurut Kementerian Kesihatan (MOH). Ia menguji beberapa pesakit yang mempunyai simptom seperti demam dan batuk untuk virus pernafasan biasa termasuk virus influenza.

Kini ia digunakan sebagai salah satu cara untuk memantau penularan COVID-19 dalam masyarakat.

"Ujian rambang" dalam masyarakat ini melengkapi program saringan COVID-19 lain dan "sejumlah kecil kes" dikesan melalui cara ini, menurut Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada 21 Mac.

"Tujuannya adalah untuk mengesan kes-kes yang sebaliknya tidak akan dapat dikesan," katanya sambil menambah bahawa ini mungkin kerana kes-kes itu menunjukkan simptom ringan atau tidak memenuhi kriteria untuk dianggap sebagai kes yang disyaki COVID-19.

Di bawah program pengawasan penyakit itu, sekitar 300 hingga 600 sampel diuji sebulan bagi virus pernafasan biasa, termasuk virus influenza, menurut MOH.

Sejak 26 Jan, tiga hari setelah Singapura mengesahkan kes iimport pertama virus itu, sampel-sampel ini juga diuji bagi COVID-19.

Sekitar 1,200 sampel sudah diuji bagi COVID-19 setakat 28 Apr dan 13 kes diuji positif virus korona.

"Tiada bukti jangkitan meluas berlaku dalam masyarakat. Pengesanan hubungan dijalankan bagi semua kes yang disahkan," menurut MOH.

PROGRAM SARINGAN LAIN

Selain program pengawasan, terdapat juga pengesanan aktif kes-kes oleh para doktor baris hadapan.

Menurut satu surat pekeliling MOH yang dilihat oleh Mediacorp, kriteria kes yang disyaki termasuk menunjukkan tanda dan simptom radang paru-paru atau jangkitan pernafasan teruk di samping sesak nafas. Para pesakit yang mengalami simptom demam selsema dan telah ke luar negara, berhubung rapat dengan pesakit COVID-19 atau tinggal di dormitori pekerja asing dalam tempoh 14 hari lalu juga dianggap kes yang disyaki.

Poliklinik-poliklinik itu dan lebih 200 klinik GP juga sedang menguji semua pesakit yang mengalami jangkitan pernafasan akut berpanjangan untuk membantu dalam pengesanan aktif jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.

Setakat 28 Apr, hampir 5,800 ujian swab sudah dilaksanakan terrhadap pesakit-pesakit sedemikian, yang mengalami demam 37.5 darjah Celsius atau lebih dan dengan simptom yang berterusan sehingga sekurang-kurangnya empat hari. Daripada ujian ini, lebih 130 kes diuji positif COVID-19. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan