12 jangkitan baru COVID-19 di Singapura, semuanya kes import
Sebanyak 12 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (20 Feb), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Sebanyak 12 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (20 Feb), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Kesemuanya adalah kes diimport dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.
Tiada kes jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam masyarakat atau di dormitori pekerja asing.
Butiran lanjut kes akan dikeluarkan malam nanti, menurut MOH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.