Skip to main content

Iklan

Iklan

10 dewan S'pore Expo diubah jadi kemudahan pengasingan; 6 daripadanya sudah tampung pesakit COVID-19, kata PM Lee

Secara keseluruhannya 10 dewan di Singapore Expo akan diubah menjadi kemudahan pengasingan sementara bagi para pesakit COVID-19, dengan empat daripadanya sudahpun siap dan digunakan untuk menampung para pesakit, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatan Facebooknya pada Ahad (26 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
10 dewan S'pore Expo diubah jadi kemudahan pengasingan; 6 daripadanya sudah tampung pesakit COVID-19, kata PM Lee

Sebuah dewan di Dewan Konvensyen dan Pusat Pameran Singapore Expo di Changi yang digunakan untuk menempatkan para pesakit COVID-19. (Gambar: MOH)

Diterbitkan : 27 Apr 2020 01:31PM Dikemas Kini : 27 Apr 2020 01:32PM

SINGAPURA: Secara keseluruhannya 10 dewan di Singapore Expo akan diubah menjadi kemudahan pengasingan sementara bagi para pesakit COVID-19, dengan empat daripadanya sudahpun siap dan digunakan untuk menampung para pesakit, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatan Facebooknya pada Ahad (26 Apr).

Menurut PM Lee, enam dewan lain akan "siap tidak lama lagi" sambil menambah bahawa "pandemik COVID-19 memaksa kita untuk membuat penyesuaian dan melakarkan huraian inovatif yang boleh dilaksanakan mengikut perkembangan semasa".

Dalam catatan itu, PM Lee turut menukil laporan Mediacorp mengenai bagaimana dua dewan di Singapore Expo, yang boleh menampung 950 pesakit secara keseluruhannya, diubah menjadi kemudahan pengasingan sementara dalam masa hanya tiga hari.

Tempat-tempat lain yang akan menjalani proses yang sama akan digunakan untuk menempatkan para pesakit COVID-19 termasuk Pusat Pameran Changi yang boleh menampung 2,800 pesakit dan Terminal Tanjong Pagar yang boleh memuatkan 15,000 pesakit, kata PM Lee.

Kakitangan perubatan daripada hospital-hospital awam dan privet sudahpun "tampil" untuk merawat para pesakit di kemudahan-kemudahan itu, tambah Perdana Menteri.

"Dengan banyak lagi kes COVID-19, yang sebahagian besar daripadanya adalah kes-kes ringan, kami memerlukan dengan segera satu huraian untuk menampung jumlah yang besar dan tidak membiarkan hospital-hospital kita sesak," tulis PM Lee.

"Kemudahan-kemudahan masyarakat ini membolehkan hospital-hospital kita menumpukan lebih banyak perhatian kepada kes-kes yang lebih serius."

Singapura melaporkan 13,624 kes yang disahkan positif COVID-19 pada Ahad, sebahagian besarnya adalah pemegang permit kerja yang menetap di dormitori pekerja asing. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa